Friday, 4 November 2011

dupdapdupdap

4th November 2011. sesetengah orang anggap tarikh ni macam tak ada makna kan? tapi bagi pelajar UiTM mesti dorang dapat rasa apa yang aku rasakan. tarikh ni adalah tarikh keramat yang paling plus teramat plus sangat menyeramkan bagi kami warga UiTM. nak tau kenapa? 4 november ni adalah tarikh keluarnya result exam kitorang. tak ke cuak kan? rasa nak cabut nyawa bila masa nak bukak emel. huh.

mula-mula aku ingat tak nak bukak lagi. tapi tiba-tiba jek nampak laptop kat atas katil macam memanggil-manggil namaku. muehehe. macam tipu jek. then, dengan berbekalkan ketabahan dan keberanian aku ambil laptop dengan broadband. menggeletar beb pegang dua benda ni. nampak sangat la tipunye. hahaha. oke done with ur lied Cik Selenger! dah bukak laptop, benda pertama aku tak kan buat adalah jangan bukak fesbuk or twitter lagi. tips ni. why? sebab once korang dah bukak belambak la chat dari sahabat handai anda akan bertanya ko dapat berapa? berapa ko dapat? CGPA berapa? stress what. bukannya korang tau lagipun. haihh. tau la dapat dekan kan.

then, aku bukak student portal. sign in. pastuh nampak examination result. left click. left click lagi sekali. ouhh WTH!! asal tak boleh bukak ni? aku fail ke?? macam-macam dah dalam kepala otak aku. then, baru aku ingat. Dato' Sahol ada post kat aku result keluar nanti terus bukak emel yee dayah. atotottt shuweetnye. hehehe. ada ke Dato' post kat aku macam tuh? hurmm. tak apa la. janji aku dah ingat kat mana nak check result.

oke. bukak emel plak. sign in. left click mail. wahh. top mail from sims@SALAM.UITM.EDU.MY. apakah ini? hahaha. result la kot. mak datuk gelabah memanjang nak bukak. nasib baik la broadband tak buat hal. tak ada la menyeksa aku sangat.

now, result aku terpampang kat depan mata aku. first benda aku nak tengok adalah lulus or tak. and now, i see that all pass! alhamdulillah....... then baru tengok gred die. not so bad. oke satisfied! alhamdulillahh...... and lastly, tengok pulak CGPA. maigod. pass with dean. syukur sangat-sangat. alhamdulillah once more. tak ada benda lain yang aku hendak dariMU ya Allah selain dari ini.

the last thing i do is call my mom name. MAK ADIK LULUS !! alamak. kantoi ADIK. nevermind. :)

Wednesday, 2 November 2011

my old school till the latest one


my first school (primary school)
#zaman budak-budak dulu main kejar-kejar dengan kawan then jatuh bagitau mak. mueheheh

sekolah pertama aku Sekolah Kebangsaan Seri Songsang. my first school that always be in my heart. banyak sangat memori kat sana. kenapa? sebabnya sekolah ni antara sekolah paling lama aku belajar. yang lain setahun dua jek. that's why aku sayang sekolah even sekolah tuh tak berapa popular kan. ade aku kisah.

oke, my second school (secondary school)

still tak ade pic. my first secondary school is Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh. hehe.tapi jodoh tak ade kan nak duduk situ lama-lama. tak sempat pun nak cari kawan dah dapat tawaran pergi ke sekolah rancangan khas. tak silap sempat 3 minggu jek kat sana. kenal budak kelas dengan cikgu yang mengajar jek.


third school

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bahaman. my first life in hostel. seronok sebenarnya duduk hostel ni. tak paham la kenapa ramai student  tak suka duduk hostel. hrmm. aku rasa biasa jek. actually same as we live in our house. tak ade lah 100% sama kan. anggap jek la macam tuh. makanan semua pihak asrama sediakan. kita tunggu makan jek pada waktu yang ditetapkan. kalau nak belajar pun prep dah ade. memang complete lah. just tak ada entertaiment jek. mean tv la. overall hostel best!

next, forth school
ni la lencana kebanggaan sekolah aku. aku  tak tau lah sekarang dah tukar or still pakai lencana yang sama. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang. sekolah ni sebenarnya dinaiktaraf kepada sekolah bestari. up sikit la kot dari sekolah berasrama biasa. selalu jugak dengar sekolah ni bagus dari segi akademik. maybe tenaga pengajarnya bagus-bagus belaka. banyak jugak kenangan aku kat sekolah ni. bermula kat sekolah ni lah aku jadi nakal. heheh. maklum lah darah panas. macam-macam benda aku buat. nak cerita memang x cukup sehari. hmm. maybe tak patut cerita kat sini kot. biarlah semua tuh jadi kenangan untuk aku aja. hee :)

my fifth school


mungkin ada orang yang cakap. "eh budak ni banyak betul sekolahnya." hehe. jangan pelik lah. kalau ada orang tanya, commonly, aku akan jawab biasa lah nak cari pengalaman. hahah. peduli ape aku korang nak cakap ape kan. aku punya suka lah nak buat ape pun. eh, termerepek pulak. ni sekolah kelima aku. Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar. sekolah ni lagi banyak kenangan. hehe.yang name tag warna kuning ni untuk student form 1 hingga form 3. aku sempat pakai setahun jek untuk warna kuning sebab aku pindah ke sekolah ni waktu form 3.
yang ni plak lencana untuk form 4 till form 5. kiut kan?? pink gitu. muehehehe. love this scholl <3


oke, done with school because now i'm studying at university. yg ni paling latest. hehe. matric card UiTM Machang, Kelantan. UiTM sentiasa dihatiku! kenangan manis? hurm.. not yet kot. baru nak start life kat sana. maybe kenangan pun just jadi ahli kelab CUTE. aku masuk kelab koir then kena perform untuk sambutan Hari Raya dengan Hari Kemerdekaan. that's all.



Monday, 31 October 2011

Malam Konsert Karnival Gegar Ria Harian Metro - Temerloh Pahang - 29 Oct...

                                         
 
hai! lama x update belog ni kan. ntah ape dah jadi. okeh, hari ni Cik Selenger tak nak cerita banyak sebab tak ada idea sangat. 29/10 yang lepas Cik Selenger with others ada pergi Karnival Gegaria kat Taman Kubang Gajah. first thought like BBJ (biasa-biasa jek) tapi bila dah sampai kat sana. FUYOO!! happening beb.lagi-lagi dapat tengok Najwa Latip dengan One Nation Emcees perform. memang best sangat tengok life even time tuh hujan. kitorang redah jek.hehe. ramai lagi yang buat persembahan life. antaranya Shila Amzah, Jinbara, Nashrin, and Adira AF9. dah la Didie Alias yang jadi pengacara malam tuh. lagi la bertambah happening dengan rambut kale ungu. hahah. overall memang best. hopefully Harian Metro akan adakan lagi karnival macam ni :-). thanks Harian Metro. enjoy sangat hari tuh                                                                                            

Wednesday, 20 July 2011

barangan dapur untuk kecantikan

hye hye hye! dah lame tak jenguk BSPB(BudakSelengerPunyaBelog). erm. minggu ni Cik Selenger cuti pertengahan sem. what Pak Saleh call? sembreak rite? sekarang kat rumah. bosan sangat xdek buat ape-ape. nak keluar jalan-jalan pun xdek member. member-member Cik Selenger ade yang pergi matrik, IPG, PLKN. tinggal la Cik Selenger sorang-sorang. jap-jap. asal bahasakan diri Cik Selenger yea? selenger sangat ke aku? hurm. mengada sungguh. xpe la. malas nak backspace balik. biarkan die.
oke oke. aku xnak mengarut lebih-lebih. entry aku untuk hari ni tentang penjagaan kulit muka. actually, aku dapat entry ni dari.satu article. maklumlah tengah boring. bace jek la ape yang ada depan mata. tajuknye: RAWATAN WAJAH SENDIRI LEBIH JIMAT. quiet interesting rite? kalau rasa tak menarik korang juz move cursor, then klik pangkah kt tepi page ni. easy. xdek la. aku cuma nka kongsi jek dengan uols.
erm. aku rasa article ni cocok banget dengan student-student IPTA or IPTS or matrik or whatever la.(untuk ladies jek) malas benor nak mention semua. sebab aku cakap macam tuh coz save budget bohh!!
as a lady, kita mesti la kena jaga dan manjakan kulit kita kan. dah memang rutin pun. takkan nak biarkan kulit uols semua kasar then bergerutu. boys pun tak nak tengok beb. each an every ladies want their skin fair and flawless rite? sebenarnya, ape yang ada kat dapur or freezer rumah korang tuh pun boleh dijadikan bahan untuk mencantikkan kulit korang. tapi mesti mintak permission dari mak uols dulu. nanti tak pasal-pasal mak uols nak masak tibe-tibe...................jawab la sendiri.. hehehe
oke. let me share with uols...
1: untuk mendapatkan kulit muka yang halus
ambik sebiji tomato masak dan kisar halus. then, lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. pastuh, bersihkan muka dengan air suam. amalkan selalu. buah tomato juga berfungsi sebagai pembersih muka.
2: untuk tegangkan kulit muka
ambik sedikit tepung ubi kayu dan timun tapi sebelum tuh timun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. then, campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. pastikan bancuhan tak terlalu cair. kemudian, sapukan ke muka dan biakan kering. pastuh, basuh dengan air bersih.
3: hilangkan jerawat
campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan cmpurkan bersama dengan bedak sejuk. lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. setelah berapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. amalkan selalu...
4: elakkan kulit dari berkedut
bersihkan sebatang lobak merah then parutkan lobak tuh. pastuh, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. kacau hingga sebati then oleskan pada wajah setiap hari.
5: hilangkan parut
ambik beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. selain tuh, daun senduduk juga boleh hilangkan jerawat pada muka dengan campurkan airnya dengan bedak sejuk.
6: melicinkan kulit
gunakan tomato dan epal. caranya, parut tomato or epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. gelatin pada tomato boleh hilangkan parut. biarkan selama 20 minit dna selepas itu cuci dengan air suam.
7: kulit gebu dan licin macam ni.....
minum susu segar atau ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok hingga rata, melekit dan kering. cuci dengan air suam dan lakukan 2 kli seminggu.
okey tuh jek lah nak kongsi tips kecantikkan tanpa keluarkan duit banyak.. penat pulak taip banyak-banyak.. oke la. nak sleep.
p/s : jangan cakap Cik Selenger tak remaje sebab tidur awal. tidur tuh pun salah satu cara nak cantik okey.. hahah gediks! ok ok. nak say tata da ni.. jangan lupa amalkan lah apa yang Cik Selenger bagitahu ni.. InsyaAllah tak ada bad effect bcoz guna 100% benda natural.. so, jangan lah risau.. SELAMAT MENCUBA iye uols!!! tatatatata =)

Monday, 11 July 2011

alunyeww

today was a fairy tail! tak ada maknanya phrase tu..aku bengang sangat ari ni!
ceritanya bermula macam ni. malam 12/7/2011, dua orang roommate aku ada perjumpaan. sorang pegi silat dan sorang lagi pegi perjumpaan model. cheewahwah. roommate aku model.haha.so, that's mean aku terpaksa tinggal sorang-sorang dalam bilik. then, nak jadikan cerita aku pun ikut la roommate aku yang pegi perjumpaan model tuh..(penakut juga eh) saja je nak tengok macam mana flow dorang. alang-alang boleh tengok model catwalk an. before aku pegi ke dewan pro, aku ajak roommate aku tu pegi beli fun fries dulu kt FC (Food Court). yela, takut bosan bila tunggu je till habis perjumpaan. pastuh, aku teringin pulak nak minum air coke float. so, aku beli la jugak. dah siap beli, kitaorang gerak la ke dewan pro. sampai je kat sana kitorang tak tau kat mana perjumpaan tu. cari punya cari, rupa-rupanya kat first floor dewan pro. apa lagi, kitorang naik la kta atas. tapi, aku tunggu kat tangga la coz aku bukan ahli-ahli model tuh. hehe. kes yang aku bengangnya start bila aku rasa bosan, then aku nak pegi kat roommate aku tu. apa salahnya kalau aku dengar apa dorang cakap an. pastuh. bila aku baru je habis naik anak tangga yang terakhir, tiba-tiba ada sorang budak perempuan ntah  tak tau la part berapa terlanggar aku. air coke float yang aku baru beli tadi tumpah. nasib baik tak kena kat aku or budak yang duduk kat bawah. serius weh. malu giler. confirm-confirm la semua orang kat situ pandang. last-last..aku ambik bekas air tuh then aku bla gitu je. malu giler siot.. huh!

Saturday, 9 July 2011

my classmate =)

ni gambar classmate aku. terkejut tak bile tengok semua sekali wanita-wanita melayu terakhir. wanita ke? sebenarnye dalam kelas aku ade dua orang lagi hero. hero la sangat. diorang segan time nak ambik gambar. ape punye lelaki la..aku duduk kat barisan depan sekali, yang ke-4 dari kiri.sebelah aku tuh pulak kelas rep kitorang. die la yang kena handle satu kelas.semua notis or perubahan jadual die kena alert and bagi tahu kitorang. dah tuh memang tugas die yang diamanahkan oleh lecturer an..if kelas batal pun die yang kena inform kitorang cepat-cepat. hehe. tuh jek la nak cerite pasal budak-budak kelas aku..bye!

Thursday, 7 July 2011

~teka teki ~

aku post teka teki ni untuk mereka yang stress+bosan+muke ketat giler macam baru lepas letak susuk kat muke..heheh...so,korang cube la renung-renungkan teka-teki ni..mane tau bole buat teladan untuk mase akan datang or nak kenakan member2 korang an.an.an
enjoy!!:
1 : antara aeroplane dengan kuih koci, mane satu yang paling tggi?
jawapannye: kuih lepat liat la yang paling tinggi sebab aeroplane sampai langit jek, tapi kuih lepat liat sampai lelangit..

2 : kenape penggali kubur gali kubur tak pkai selipar?jawab jawab
jawapannye: selipar mane bole gali tanah, gune cangkul boleh la...

3 : ape benda yang ade 3 kpale, 6 mata, 8 kaki?haa x tau kan kan
jawapannye: koboi naik kuda bawak ayam

4 : mase hidup kite menyanyi, mase mati kite tepuk tangan..ape tuh?
jawapannye: lilin mase celebrate birthday uols la..hahah

5 : scorpion kaler ape?soalan senang xkan xtau
jawapannye: kala jengking la..soalan macam tuh pun tak dapat jawab..wuahahahah

6 : ade sorang imam tengah sembahyang asar kat dalam masjid..pastuh, tibe-tibe ade sekor anjing masuk..then, anjing tuh jilat kaki die..soalannye: batal ke tak air sembahyang imam tuh?
jawapannye: mane batal sebab anjing tuh jilat kaki die sendiri..hehehe

7 : ade 5 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi kenape tak basah langsung??
jawapannye: dah tak hujan memang la tak basah..aduyaiiii

8 :oke oke yang ni last..menda ape bile kite jilat-jilat dah basah baru cucuk? haa..jangan fikir menda nasty plak yea..cik selenger tak macam tuh oke. even name jek selenger. hee
jawapannye: masukkan benang dalam lubang jarum la...hahahah

oke korang..enjoy tak? hehehe..ni jek la post aku untuk ari ni..see u soon....=)