Friday, 4 November 2011

dupdapdupdap

4th November 2011. sesetengah orang anggap tarikh ni macam tak ada makna kan? tapi bagi pelajar UiTM mesti dorang dapat rasa apa yang aku rasakan. tarikh ni adalah tarikh keramat yang paling plus teramat plus sangat menyeramkan bagi kami warga UiTM. nak tau kenapa? 4 november ni adalah tarikh keluarnya result exam kitorang. tak ke cuak kan? rasa nak cabut nyawa bila masa nak bukak emel. huh.

mula-mula aku ingat tak nak bukak lagi. tapi tiba-tiba jek nampak laptop kat atas katil macam memanggil-manggil namaku. muehehe. macam tipu jek. then, dengan berbekalkan ketabahan dan keberanian aku ambil laptop dengan broadband. menggeletar beb pegang dua benda ni. nampak sangat la tipunye. hahaha. oke done with ur lied Cik Selenger! dah bukak laptop, benda pertama aku tak kan buat adalah jangan bukak fesbuk or twitter lagi. tips ni. why? sebab once korang dah bukak belambak la chat dari sahabat handai anda akan bertanya ko dapat berapa? berapa ko dapat? CGPA berapa? stress what. bukannya korang tau lagipun. haihh. tau la dapat dekan kan.

then, aku bukak student portal. sign in. pastuh nampak examination result. left click. left click lagi sekali. ouhh WTH!! asal tak boleh bukak ni? aku fail ke?? macam-macam dah dalam kepala otak aku. then, baru aku ingat. Dato' Sahol ada post kat aku result keluar nanti terus bukak emel yee dayah. atotottt shuweetnye. hehehe. ada ke Dato' post kat aku macam tuh? hurmm. tak apa la. janji aku dah ingat kat mana nak check result.

oke. bukak emel plak. sign in. left click mail. wahh. top mail from sims@SALAM.UITM.EDU.MY. apakah ini? hahaha. result la kot. mak datuk gelabah memanjang nak bukak. nasib baik la broadband tak buat hal. tak ada la menyeksa aku sangat.

now, result aku terpampang kat depan mata aku. first benda aku nak tengok adalah lulus or tak. and now, i see that all pass! alhamdulillah....... then baru tengok gred die. not so bad. oke satisfied! alhamdulillahh...... and lastly, tengok pulak CGPA. maigod. pass with dean. syukur sangat-sangat. alhamdulillah once more. tak ada benda lain yang aku hendak dariMU ya Allah selain dari ini.

the last thing i do is call my mom name. MAK ADIK LULUS !! alamak. kantoi ADIK. nevermind. :)

No comments:

Post a Comment