Wednesday 20 July 2011

barangan dapur untuk kecantikan

hye hye hye! dah lame tak jenguk BSPB(BudakSelengerPunyaBelog). erm. minggu ni Cik Selenger cuti pertengahan sem. what Pak Saleh call? sembreak rite? sekarang kat rumah. bosan sangat xdek buat ape-ape. nak keluar jalan-jalan pun xdek member. member-member Cik Selenger ade yang pergi matrik, IPG, PLKN. tinggal la Cik Selenger sorang-sorang. jap-jap. asal bahasakan diri Cik Selenger yea? selenger sangat ke aku? hurm. mengada sungguh. xpe la. malas nak backspace balik. biarkan die.
oke oke. aku xnak mengarut lebih-lebih. entry aku untuk hari ni tentang penjagaan kulit muka. actually, aku dapat entry ni dari.satu article. maklumlah tengah boring. bace jek la ape yang ada depan mata. tajuknye: RAWATAN WAJAH SENDIRI LEBIH JIMAT. quiet interesting rite? kalau rasa tak menarik korang juz move cursor, then klik pangkah kt tepi page ni. easy. xdek la. aku cuma nka kongsi jek dengan uols.
erm. aku rasa article ni cocok banget dengan student-student IPTA or IPTS or matrik or whatever la.(untuk ladies jek) malas benor nak mention semua. sebab aku cakap macam tuh coz save budget bohh!!
as a lady, kita mesti la kena jaga dan manjakan kulit kita kan. dah memang rutin pun. takkan nak biarkan kulit uols semua kasar then bergerutu. boys pun tak nak tengok beb. each an every ladies want their skin fair and flawless rite? sebenarnya, ape yang ada kat dapur or freezer rumah korang tuh pun boleh dijadikan bahan untuk mencantikkan kulit korang. tapi mesti mintak permission dari mak uols dulu. nanti tak pasal-pasal mak uols nak masak tibe-tibe...................jawab la sendiri.. hehehe
oke. let me share with uols...
1: untuk mendapatkan kulit muka yang halus
ambik sebiji tomato masak dan kisar halus. then, lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. pastuh, bersihkan muka dengan air suam. amalkan selalu. buah tomato juga berfungsi sebagai pembersih muka.
2: untuk tegangkan kulit muka
ambik sedikit tepung ubi kayu dan timun tapi sebelum tuh timun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. then, campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. pastikan bancuhan tak terlalu cair. kemudian, sapukan ke muka dan biakan kering. pastuh, basuh dengan air bersih.
3: hilangkan jerawat
campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan cmpurkan bersama dengan bedak sejuk. lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. setelah berapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. amalkan selalu...
4: elakkan kulit dari berkedut
bersihkan sebatang lobak merah then parutkan lobak tuh. pastuh, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. kacau hingga sebati then oleskan pada wajah setiap hari.
5: hilangkan parut
ambik beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. selain tuh, daun senduduk juga boleh hilangkan jerawat pada muka dengan campurkan airnya dengan bedak sejuk.
6: melicinkan kulit
gunakan tomato dan epal. caranya, parut tomato or epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. gelatin pada tomato boleh hilangkan parut. biarkan selama 20 minit dna selepas itu cuci dengan air suam.
7: kulit gebu dan licin macam ni.....
minum susu segar atau ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok hingga rata, melekit dan kering. cuci dengan air suam dan lakukan 2 kli seminggu.
okey tuh jek lah nak kongsi tips kecantikkan tanpa keluarkan duit banyak.. penat pulak taip banyak-banyak.. oke la. nak sleep.
p/s : jangan cakap Cik Selenger tak remaje sebab tidur awal. tidur tuh pun salah satu cara nak cantik okey.. hahah gediks! ok ok. nak say tata da ni.. jangan lupa amalkan lah apa yang Cik Selenger bagitahu ni.. InsyaAllah tak ada bad effect bcoz guna 100% benda natural.. so, jangan lah risau.. SELAMAT MENCUBA iye uols!!! tatatatata =)

No comments:

Post a Comment