Monday, 11 July 2011

alunyeww

today was a fairy tail! tak ada maknanya phrase tu..aku bengang sangat ari ni!
ceritanya bermula macam ni. malam 12/7/2011, dua orang roommate aku ada perjumpaan. sorang pegi silat dan sorang lagi pegi perjumpaan model. cheewahwah. roommate aku model.haha.so, that's mean aku terpaksa tinggal sorang-sorang dalam bilik. then, nak jadikan cerita aku pun ikut la roommate aku yang pegi perjumpaan model tuh..(penakut juga eh) saja je nak tengok macam mana flow dorang. alang-alang boleh tengok model catwalk an. before aku pegi ke dewan pro, aku ajak roommate aku tu pegi beli fun fries dulu kt FC (Food Court). yela, takut bosan bila tunggu je till habis perjumpaan. pastuh, aku teringin pulak nak minum air coke float. so, aku beli la jugak. dah siap beli, kitaorang gerak la ke dewan pro. sampai je kat sana kitorang tak tau kat mana perjumpaan tu. cari punya cari, rupa-rupanya kat first floor dewan pro. apa lagi, kitorang naik la kta atas. tapi, aku tunggu kat tangga la coz aku bukan ahli-ahli model tuh. hehe. kes yang aku bengangnya start bila aku rasa bosan, then aku nak pegi kat roommate aku tu. apa salahnya kalau aku dengar apa dorang cakap an. pastuh. bila aku baru je habis naik anak tangga yang terakhir, tiba-tiba ada sorang budak perempuan ntah  tak tau la part berapa terlanggar aku. air coke float yang aku baru beli tadi tumpah. nasib baik tak kena kat aku or budak yang duduk kat bawah. serius weh. malu giler. confirm-confirm la semua orang kat situ pandang. last-last..aku ambik bekas air tuh then aku bla gitu je. malu giler siot.. huh!

No comments:

Post a Comment